03 September 2014

DiTerimakah Kasih (Amalan) Kita oleh Allah swt ?? Dapatkah Kita Solat Mabrur, Haji Mabrur atau .. Mardud semuanya ?




Kita yang lahir sebagai seorang Islam..alhamdulillah & berdoa semoga kekal hidayah Islam, iman up until the end of your time ! Begitu juga orang yang diberi nur hidayah di hati mereka
( be it orang Melayu di Malaysia, Batak, Jawa, Mohawk, Cheerokee, Cina, of all races, tribes) !!


Indahnya (sedapnya) nikmat Iman & Islam ni, HANYA orang yang tahu, yang yakin, yang paham, yang buat apa disuruh & tinggalakna apa yang dilarang oleh Allah, Rasul (Islam) ..orang ni SAHAJA yang merasa @ menikmati anugerah nikmat Iman & Islam !

Kita better check ourselves. Rugi untung nasib kita di akhirat sana dah ada tanda, alamatnya ! JANGAN tak tahu pulak. Jika buat tak tahu, tu yang ramai orang walau jaga solat fardhu (sembah-Allah) tapi dia juga masih kuat malah rajin buat maksiat.... alahai ! "Rugi le, weh" ..ada orang kata, "Hapah tak guna sembayang rupa tu". Entah le.


"Surely those who disbelieve, it being alike to them whether you warn them, or do not warn them, will not believe." (AQ 2: 6)


Diriwayatkan dari 'budak'nya Ummu Salamah, dia mendengar Ummu Salamah menyampaikan hadis bahwa Rasulullah SAW berdoa seusai solat Subuh.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” 

(HR al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman, juz II, hlm 284)

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yg bertakwa.” 
( Al-Maidah: 27).




Tanda-tanda yang signifikan bahawa amalan seseorang (kita) diterima (mabrur) oleh Allah swt :



# Tidak Mengulangi Lagi Perbuatan Dosa dan Maksiatnya.
Apabila seorang hamba Allah berasa benci terhadap dosa-dosanya yang lalu mahupun perkara dosa dan dia benci untuk mengulangi lagi perbuatan dosa dan maksiat yang pernah dilakukannya, maka ketahuilah bahwa ia termasuk orang yang diterima Allah akan taubat dan amal ibadahnya.

Imam Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata:

“أما إذا تذكر الذنبَ ففرح وتلذذ فلم يقبل ولو مكث على ذلك أربعين سنة”


“Adapun jika seorang hamba ingat akan perbuatan dosanya, lalu ia merasa senang dan menikmatinya, maka (taubatnya) tidak akan diterima Allah meskipun ia hidup selama 40 (empat puluh) tahun dalam keadaan demikian.”


(Lihat Madaariju As-Saalikiin, karya Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah).


Yahya bin Mu’adz rahimahullah berkata:

“مَن استغفر بلسانه وقلبُه على المعصية معقود، وعزمه أن يرجع إلى المعصية ويعود، فصومه عليه مردود، وباب القبول فى وجهه مسدود”



“Barangsiapa meminta ampunan (kepada Allah) dengan ucapan lisannya, sementara hatinya merasa terikat dengan perbuatan maksiat, dan bahkan ia berkeinginan kuat untuk mengulangi lagi perbuatan maksiatnya, maka puasanya ditolak Allah, dan pintu diterimanya (amal dan taubat) tertutup baginya.”





Semakin Bertambah Semangat Dalam Melaksanakan Amal Kebaikan Dan Ketaatan Kepada Allah.

Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:


“إن من جزاء الحسنة الحسنة بعدها، ومن عقوبة السيئة السيئةُ بعدها، فإذا قبل الله العبد فإنه يوفقه إلى الطاعة، ويصرفه عن المعصية”



“Sesungguhnya di antara balasan amalan kebaikan ialah (dipermudahkan Allah) melaksanakan kebaikan setelahnya. Dan di antara hukuman atas perbuatan buruk ialah melakukan keburukan setelahnya. 



Maka, apabila Allah telah menerima (amalan dan taubat) seorang hamba, niscaya Allah akan memberinya taufiq untuk melaksanakan ketaatan (kepada-Nya) dan memalingkannya dari perbuatan maksiat (kepada-Nya).”

Hasan Al-Bashri rahimahullah juga pernah berkata:

“يا ابن آدم إن لم تكن فى زيادة فأنت فى نقصان”



“Wahai anak cucu Adam, jika engkau tidak dalam keadaan bertambah (amalan kebaikanmu) bererti engkau benar-benar dalam keadaan berkurangan (ketaatanmu kepada Allah).”




# Sabar dan Tegar dalam Melaksanakan Ketaatan kepada Allah Ta’ala


Tegar dan istiqomah dalam melaksanakan ketaatan adalah hasil yang sangat agung sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah:

“Sesungguhnya Allah yg Maha Mulia telah melakukan hukum kebiasaan dengan kemuliaan-Nya bahawa barang siapa hidup dengan suatu kebiasaan, nescaya dia akan mati dengan kebiasaan berkenaan. Dan barang siapa yang mati dalam suatu keadaan, maka dia akan dibangkitkan Allah pada hari Kiamat dengan keadaan berkenaan.”


Maka, barangsiapa terbiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah di dalam hidupnya di dunia, nescaya Allah akan mematikannya dalam keadaan berbuat taat. Segala sesuatu yang dilakukan kerana Allah pasti ia akan kekal berterusan, sedangkan kalau amalan itu kerana sebab manusia, amal itu akan pasti terputus.


Hal ini sebagaimana disebutkan di dlm hadits:


بينما رجلٌ يحجُّ مع النبي صلى الله عليه وسلم فوكزته الناقة فمات فقال النبيّ صلى الله عليه وسلم: ( كفنوه بثوبيه فإنه يبعث يوم القيامة ملبّياً )



“Tatkala ada seseorang yang menunaikan haji bersama Nabi Muhammad s.a.w., maka dia terjatuh dari seekor unta (yg ditungganginya), lalu dia pun mati. Maka, Nabi s.a.w. bersabda (kepada sebahagian para sahabat r.a.) : 

“Kafanilah orang ini dengan menggunakan kedua bajunya (maksudnya 2 kain ihramnya), kerana sesungguhnya ia akan dibangkitkan (oleh Allah) pada hari Kiamat dalam keadaan bertalbiyah.”

(HR. Imam Al-Bukhari dan Muslim).



Dan Nabi s.a.w. juga pernah bersabda tentang seseorang yang mencuri sebahagian harta rampasan perang; 

“Sesungguhnya benda rampasan perang yang dia curi akan ada api yg menyala padanya (pada hari Kiamat).” 


(HR. Imam Al-Bukhari).




#  Bersih hatinya dari noda-noda syirik, kufur, maksiat dan penyakit-penyakit hati - iri dengki, sombong, bangga diri, riya', dsb'nya.


Tanda orang yang diterima amalnya dia senantiasa mengutamakan apa yang dicintai dan diredhai Allah melebihi daripada kecintaan dan keredhaan manusia. Sentiasa mendahulukan perintah-perintah Allah daripada perintah siapapun dan ia mencintai orang lain kerana Allah ta'ala.


Dia juga sangat jauh dari sifat hasad (iri dan dengki), kebencian dan permusuhan dengan orang lain kerana urusan dunia. Dia selalu merasa yakin bahawa segala urusan berada di tangan Allah, sehingga hatinya merasa tenteram dan redha dengan keputusan-Nya.

Dia juga meyakini bahawa apapun yang telah ditakdirkan oleh Alah untuk 'meleset' daripada dirinya, maka hal itu tidak akan menimpa dirinya. Dan apa sj yg ditakdirkan Allah akan menimpa dirinya, maka hal itu tidak akan terhindar daripadanya.

Yang jelas dan pasti, sikap orang yang diterima Allah amal dan taubatnya ialah selalu berasa redha dengan takdir dan keputusan Allah dalam bentuk apa pun serta berbaik sangka kepada-Nya.





# Selalu Mengingat Kehidupan Akhirat Yang Hakiki nan Abadi.


Pada suatu hari Al-Fudhoil bin ‘Iyadh rahimahullah (seorang ulama salaf dari generasi atba’ut tabi’in) bertanya kepada seorang lelaki (tua): 

“Berapa tahun umur yang telah kau lalui?” 

Dia jawab: “Sudah 60 tahun.” 

Maka Al-Fudhoil bin ‘Iyadh berkata kepadanya: 

“Subhanallah, sejak 60 (enam puluh) tahun engkau masih dalam perjalananmu menuju Allah! Sebentar lagi engkau akan sampai (baca: akan mati). Ketahuilah, bahwa engkau akan diminta bertanggungjawab oleh Allah (atas umurmu di dunia). Oleh karena itu, persiapkanlah jawapan atas pertanyaan-Nya.” 

Maka lelaki tua itu bertanya kepadanya: “Apa yang mesti aku lakukan sekarang?” 

Jawab Al-Fudhoil bin ‘Iyadh: 

“Berbuat baiklah di sisa umurmu, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu yg telah lalu. Namun, jika engkau berbuat keburukan (dosa dan maksiat) di sisa umurmu, niscaya Allah akan menyiksamu atas dosa-dosamu yg telah lalu maupun yg akan datang.”




# Selalu Menjaga Keikhlasan dalam setiap Amal dan Kebaikan.



Pernah ada seseorang laki-laki menyampaikan suatu nasihat di hadapan Imam Hasan Al-Bashri rahimahullah. Maka Imam Hasan Al-Basri berkata kepadanya: 

“Wahai si fulan, saya belum bisa mengambil faedah dan pelajaran dari nasihatmu. Ini mungkin terjadi kerana hatiku ber'penyakit', atau mungkin terjadi kerana niatmu (dalam 
menyampaikan nasihat) adalah kurang ikhlas.”




# Apabila diredhai Allah maka diterima amalan seseorang itu dan jadilah hati mereka begitu aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT.



Firman Allah SWT : 

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram”. 

(Ar ra’d ayat 28)




# Begitu banyak manusia yang mencintai dan menghargai orang tersebut.


“Sesungguhnya Allah kalau mencintai si fulan, memerintah Jibril a.s. untuk menyeru penduduk langit, "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan, maka cintailah dia." Penduduk langit pun mencintai fulan dan di bumi semua orang menerimanya.”


##############################################################
Anak si Polar Bear : Kami sentiasa menunggu dijemput ke Zoo Negara. 
Kami pun comel kiut macam Panda 2 ekor tu, kan mak kan ?!! 



haa, amacam ? How do you see yourself? 

Orang kita ingat nak dapat Haji Mabrur saja TAPI kena ingat ada sebab amalan kita boleh jadi Mardud - ditolak Allah. 

Mark this space. You've been warned ! Be good always & try to be better next time.

JANGAN le putus asa, kecewa daripada rahmat Allah.. cuba, usaha lagi & lagi!! 

It worth to die trying than lay back, sinking into apathy or oblivion, right ??



2 comments:

  1. Salam...Terima kasih Al Fadhil Ustaz atas tazkirah yang amat bermanfaat untuk semua. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mendapat Rahmat dan Redho Allah...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. Al-Hadid: 16)

    Wa'alaikum salam wmth wbrkt Cpj ... ehem ehem... ya terima le kasihku buat semua....hanya berpesan dgn kebenaran & kesabaran !! Kita ber"Terima kasih" buat Rasulullah s.a.w., ahlul Bait, para Sahabat baginda ajmain. para guru, cikgu, ustaz, ulamak semua...Teman bukan le Ustaz..baru nak "start" ade le... hehe !!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!