30 November 2011

Perhimpunan & Mesyuarat Agung para Lanun, Perompak, Pencuri Khazanah Negara kita dah Mula dah!


Penulis walau pro-PR tetap pantang melihat apa saja yang mengundang fitnah atau sebarang kesilapan yang menjejaskan imej Islam & keharmonian masyarakat pelbagai kaum & agama di negara ini.  Kalau salah (buktikan dengan hujah fakta) gua tak sokong la malah gua akan tentang walau ia daripada TGHH, TGNA, PAS, Jakim, Sultan,  apa bagai.


Berita sensasi daripada pihak tv3suku malam ini pasal DAP ada kutuk sorang MB 1 negeri yang sudah dijajah semula BN-UMno tu. SDa (Khor Ming)  banyak celaka dia kata kulit Zambry MB gua yang dia agak hitam metalik. OK! Tu sah tak betul la Khor Ming. Lu tak cekap bahasa Melayu baik lu cakap Engrish saja. Senang nak paham lebih tepat definasinya. Tak la salah paham. Kalau nak kias pun jangan kata MB gua tu hitam metalik la Khor. Dia tu bera (baca: Bere dalam loghat Kuale)  tu lebih tepat, lebih padan. Zambry ni senyum tak lekang,  cepat rams-mesra orangnya. Solat tak pernah tak tinggal buat kat masjid. Doktor dia tu, siot! Lu ingat doktor gigi macam Tun mahathir saja ada cita-cita tinggi  dia tak boleh? Orangnya mungkin kulit saja hitam tapi mata dia putih, terang. Hati dia? No komen. Tu lu kena tanya agen gua si ABU GANAS, ok, untuk keterangan yang lebih mengarut.


OK! Salah la kita kata kulit orang tu tak elok. Dah hitam nak buat camna lagi? Tu dah keturunan dia. Dah dia mamak mana kulit dia nak putih? Allah cipta begitu. Dia nak ngaku Melayu tu lantak dia la dia nak tipu jangan kita percaya. Tak baik la kita kata orang kulit hitam. Boleh kot kita kata  (kutuk) orang kulit dia putih, ok kot? Hehehe. Orang India mana putih? Lain la Hindustan belah India Utara. Orang Punjabi siot memang la banyak lawa.  Tak tahan! 


Bab kutuk orang hitam tu PR dah kalah, salah. Potong 1 mata untuk PR. Setuju!


Entah lah. Kata-mengata (kutuk, umpat ketupat) ini dalam politik agaknya ulam pembuka selera kot? Sendiri ingat sudah. Berani buat dosa sendiri tanggung lah. Kena tahu sempadannya, batasnya. Kalau berani cross the border, lu sapa? Lu dah ada pasport seberang sana dah ker? Waranti? jangan kubur lu olang berasap sudah! Ingat sikit!


Apa pun, mesyuarat Agung depa tu, yang ditunggu-tunggu oleh sang pencinta dunia, dah mula dah. Berhimpunlah mereka demi Ketuanan Melayu dan Kalimah Allah! Di sana bercampur para wali Allah, wali syaitan dan sang durjana penjenayah berlesen. Lokasi? Port biasa depa lepak lah. Depa pun rasis, kan? Mana taknya bila ada antara perwakilan UM-no yang begitu berani bermain sentimen sempit perkauman (rasis) lagi berapi-api. Tapi dia ngok as wee out of context! DAP ada jugak nilai transparency & accountability! UM-no ada ker? Poorah la... UMno tahu hendak menipu orang Melayu yang DAP tu semua jahat , tak elok - fahaman komunis, idea republik, et al! Agak-agak la ..ni tahun 2011 la, bukan tahun 50an Bukit Kepong kena serang, la mamat! Lu nak kencing sapa ni? Lu kencing olang kat kampung hulu sana, atau, Felda lu boleh la.  Macam tak biasa, kan?



NONE
Bersatu kita bersatu dengan langkah berganding bahu,
Tipu terus menipu kita tipu Melayu .. sing along u tools!



Sumber berita rasis ini daripada Malaysiakini

Perwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu".

Dalam ucapan perbahasannya, beliau memberikan contoh beberapa langkah yang dibuat oleh Lim, antaranya mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri itu.

Syeikh Ismail juga mendakwa PAS dan PKR membisu terhadap tindakan Lim yang didakwa membatalkan perarakan Maulidul Rasul.



"Tiba-tiba mereka batalkan perarakan Maulidul Rasul. Surat rasmi kita ada. Dia memusuhi Melayu dan Islam secara terbuka. Rasis."Siapa saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa mereka daripada bangsa bangsat (perwakilan tepuk). Saya ulang sekali lagi, DAP adalah bangsa bangsat. Mampuih pi depa nak kata apa, katalah. Saya bercakap demi Allah dan Rasul," katanya.




P/s: LGE tak salah apa tak buat hudud atau perarakan maulidur Rasul tu. Mana salahnya? Salahnya cuma puak pro-UMNo tak dapat nak buat duit hasil projek perarakan pusing keliling Penang atau Komtar sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.. Tu rupanya depa sayang kat Rasulullah? Tak ada pun Rasullah suruh buat berarak keliling lagu tu, mangkuk. Lu macam puak Syiah la. Ritual berarak kononnya nak tunjuk sayang cinta bagai kat Nabi lagu tu semacam Syiah kenang kematian cucu baginda s.a.w. di Iran & lain tempat tu. Puak Syiah di Iran kononnya sayang & benci pertumpahan darah suci Hussin cucu Rasulullah sanggup berkabung & cederakan diri sendiri.. Poorah. Propa saja! Penipu semua tu! Lu kalau macam tu perangai memang betul-betul bangsat pada sisi agama Islam! 


UMno yang dah berzaman peluk Islam mana hududnya? Jangan tuding jari kat PAS saja. Depa nak buat kat Kelantan pun hangpa tak bagi jalan. Ni apa punya sembang tolol kat Penang lu olang nak hudud pulak? Once a liar always a liar, right!? Buat la sendiri hudud kat Johor ker NS ker, ada berani? Tak pun sokong la PAS nak buat kat tempat dia diberi amanah Allah nak jaga orang Islam kita di sana. Kalau dah iman macam tak ada malu lah sikit. Cuba lihat dulu keberkesanan sistem & undang-2 Islam baru kita boleh menilai lebih tepat. 


LGE mungkin tak paham Islam, tak pa la kita boleh tegur dia terang cerita kat dia elok-elok. Hidayah daripada Allah mungkin dia masuk Islam & paham Islam lebih bagus daripada puak yang sokong Ketuanan Melayu? Ada chance gua ingat! Amin!







6 comments:

  1. Bhai Hanz...

    Ameen.... gua doakan LGE dapat hidayah dari Allah....

    Puak UMNO nih depa takder lain... kalu nak nampak Islamnyer depa nih... cuma lebih kat bahagian salawat Nabi jer... lain tarak....

    ReplyDelete
  2. Hehe C++ .. welcome to "my world"!

    Depa UM-no takda lebih mana la gua cakap lu. Kot ada pun tang anu depa dah potong saja, tu ada la. Tapi apa nak heran, tu ramai non-Moslem pun potong!

    Tang selawat, perarakan Maulidur Rasul pun depa nak kecoh LGE tu komunis la apa bagai. Benda bukan sunat apa pun. Bidaah saja. Tak buat (arak sana sini) pun tak salah pun. Depa tu jauh tak paham Islam & tak sokong la kalau macam tu. Grrrr...geramnya gua!

    Amin for hidayah to all of us even to some orang UMno-rians! Moga kita semua tahu Jalan Dia!

    ReplyDelete
  3. Biar cakap dia loghat ke, telor ke ape, asalkan bahasa kebangsaan.Cpj tetap tak setuju cakap inggeris.Sesape pemimpin malaysia, cakap inggeris cpj n gang tetap tak akan sokong...cpj sokong orang macam TPM yang nak mendaulatkan BM hehe...jangan main-main cpj pun ramai geng jugak...nanti menyesal...biar dia cakap hitam tak ape sebab hitam ada manis, tapi kalau dia cakap black dah jadi biutipul pulak kan pondan!

    ReplyDelete
  4. Hanz sokong Cpj sokong Muhyidin tu sebab tu dia juga Menteri Pendidikan & bos CPJ. Tak jadi salah rasanya kita sokong dia mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia & bahasa pendidikan formal. Hanz pun sokong PM & TPM dalam hal yg ternyata tepat. Prejudis, skeptikal memang ada tetapi itu menjadi cabaran/peluang kepada mereka sendiri membuktikan saya/orang ramai adalah salah.
    Kes PPSMI pun tak dapat selesai. Seketika mereka kendur kepada desakan ramai termasuk tokoh akademik, ilmuwan lalu mereka setuju ia dibubarkan dengan cara tangguh hingga cohort terakhir tahun 2014 (2017?) ..Lupa tahun terakhirnya. Baru-2 ni dia umum pula PPSMI berjalan seperti biasa setelah diasak oleh NGO PAGE. Apa punya menteri tak ikut kata majoriti & mencerminkan ketidaktetapan pendirian & keputusan sebegitu pastinya boleh dianggap mengecewakan hasrat ramai.

    ReplyDelete
  5. PPSMI telah diganti dengan MBMMBI itu sudah jelas, tiada lagi soal PPSMI berjalan seperti biasa, cuma bagi tahun/tingkatan yang telah mula dengan PPSMI,sekolah diberi pilihan untuk guna BM sepenuh, BI sepenuh atau dwi-bahasa, berdasarkan keupayaan/kebolehan majoriti pelajar sekolah berkenaan.CPJ rasa menteri(bos CPJ) sudah buat yang terbaik apa yang dia boleh buat.(ini bukan nak bodek bos la...)

    ReplyDelete
  6. CPJ, Modul ada lain, nama pun lain. Masalahnya saya risau ia tetap sama. Saya takut apa? Hasil kemajuan akademik murid2 luar bandar akan terus mundur, ketinggalan. Sebab tahap (jurang) mentaliti, pencapaian intelektual masih ketara. Ini merugikan masa depan sebahagian generasi kita & melemah kebanyakan mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

    Kita bukan bercakap pasal keupayaan sekolah Bestari, sekolah di bandar besar seperti Convent bukit Nenas, SSP, pelajar berasrama penuh itu semua OK mereka itu pelajar yang berpotensi besar & pasti boleh adaptasi terima & berjaya.

    Ya, harapnya berjaya kali ini, Cpj. One last saloon by right! or else!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!