29 November 2011

Wan Jamak bukannya Sir Alex Ferguson, lah!!



Penulis blog sememang seorang pemerhati sukan juga. Khasnya dunia bolasepak. Pelbagai ragam orang & undang-undang dicipta. Malangnya berlaku juga ketidak adilan, keputusan berat sebelah, pilih kasih di sana sini oleh pembuat keputusan di peringkat atasan.


Pengadil bolasepak adalah seperti seorang hakim di mahkamah. Keputusannya adalah cermin kebijaksanaan pengadil dalam mengawal keadaan dan permainan. Ia adalah muktamad. Begitupun mereka juga manusia biasa yang mungkin tersilap perhitungan. Mereka boleh ditegur & diganti.


FAM, badan bolasepak negara kita, saban tahun sentiasa mencuba untuk menggantung seberapa ramai jurulatih dan pemain negeri Perak untuk tujuan disiplin (konon) dan cubaan mempertahankan undang-undang mereka. Keputusan mereka agak kontroversi, naif dan mengjengkelkan. Zalim & primitif? Entahlah. Tetapi ia sedikit pun tidak mencuit rasa kesedaran pucuk kepimpinan dan para pegawai FAM mereka untuk melihat dunia bolasepak yang dinamik, maju, yang lebih aman tanpa kontroversi dan drama. Mereka seharusnya lebih lunak dan bersikap terbuka terhadap kritikan membina. Budaya mengampu hanya sokongan yang membawa rebah. Pemimpin FAM tidak perlu syok sendiri, diulit kesedapan yang cuma sekejap. Kita harus terus mara dan maju sehingga ke peringkat Asia pula.




PErsatuan Bola Sepak Kedah


Wan Jamak sebelum ini berdepan penggantungan 14 perlawanan dan denda RM9,000, selepas mengeluarkan kenyataan Kedah ‘dirompak oleh pengadil’ yang bertindak membatalkan dua gol skuad Kenari pada aksi terakhir Kumpulan A, bagi merebut tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2011 dahulu. Selepas KFA mengemukakan ra­yuan, hukuman dikenakan adalah digantung ­tujuh perlawanan dan denda RM4,500, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM), membuat pertimbangan meman­dangkan ia kesalahan pertama Wan Jamak, selain sumba­ngannya sebagai bekas jurulatih dan bekas pemain ke­bang­­saan.


Turut dikenakan tindakan, dua penolongnya, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail yang digantung empat perlawanan dan denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah terhadap tiga tuduhan, termasuk mengeluarkan kata kesat kepada pengadil.
Mengulas insiden itu, Dr Hamdan yang juga Ahli Eksekutif FAM berkata, pengadil diibaratkan seperti ‘Tuhan dalam padang’, di mana mereka tidak boleh dikritik mahupun ditegur, terutama dalam penganjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa). ???


Orang besar, bangsawan, yang dah ternama pula selalu terlepas hukuman yang sewajarnya. Kalau kes yang sama (atau lebih kurang sama) orang (kecil) biasa pasti dikenakan seadilnya. Alahai! Undang-undang boleh letak tepi walau bunuh orang lain (tanpa hak) sekalipun.


Manchester United boss Sir Alex Ferguson will not face any FA sanction following his comments after Saturday's 1-1 home draw with Newcastle United. The United boss was furious that referee Mike Jones awarded a penalty after assistant John Flynn flagged for Rio Ferdinand's tackle on Hatem Ben Arfa.


Ferguson described the penalty decision as "one of the worst I’ve ever seen" and a "travesty". He added: “The problem is that the referees are full-time and the linesmen are not. Whether he ever gets a game again, the assistant referee, is not for me to decide, but it was an absolutely shocking decision."


The FA’s disciplinary unit have studied Fergie’s comments and are not expected to take any action against the United boss as any comments towards officials need to question their integrity or deliver a personal insult or abusive condemnation in order to prompt FA action.



p/s: Tak adil la! FAM sepatutnya harus berlapang dada mempertimbangkan sebarang kritikan membina daripada sesiapa pun. Fikirkan ia untuk kemajuan bolasepak negara semata-mata. Janganlah FAM senang-senang jatuh hukuman berat kepada jurulatih yang ikhlas menegur mutu pengadilan, atau, para pemain yang hanya 'mengganggu' permainan akibat kelemahan (dan kesilapan) pengadil itu sendiri dalam tempoh mengawal keadaan suatu perlawanan bolasepak. Susahlah nak maju kalau begini. Tak boleh ditegur langsung! Nak diampu, dipuji saja? 


Ada sesiapa perasan tak, ada kedengaran bookies dan sindiket mengatur perlawanan di Malaysia. FAM awalnya nafi cerita ini. Tak lama lepas tu, pegawai FIFA sendiri turun sendiri tinjau. Lepas itu apa jadi? FAM sendiri kata kes jenayah atur keputusan memang wujud dan janji ia akan disiasat. Politikkan cerita. Bukan ker senang kalau FAM dah tahu ada gejala mengatur keputusan perlawanan (atau memang mereka pun sekongkol jenayah itu?) FAM perlulah repot PDRM, SPRM dan lain-lain agensi penguatkuasa undang-undang. Kita mahu keadilan, kemajuan berjalan serentak. Cepat bertindak dan jangan main wayang nafi itu nafi ini. Tahu nak nama bila team Malaysia menang dan kaut untung cepat dengan naikkan harga tiket saja ker?  


Tu pasal gua senang hati kalau orang besar kena sekali sekala. Kalau kes Alex Ferguson, biar dia dimalukan dengan keputusan pengadil ( yang sebenarnya berlaku sekali sekala saja pun) atau kalah besar seperti vs Manc City hari tu. Wot a bragging t#@t he was on this. 
  

3 comments:

  1. Salam Hanz...hehe...kalau ada jenayah di mana-mana, lapor kepada CPJ(Cawangan Pencegah Jenayah)ye? terutama jenayah dalam hal berkaitan pertandingan bola sepak ni macam ada pihak yang nak sembunyikan? Banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan yang melibatkan banyak peruntukan kewangan adalah disebabkan sikap tidak amanah, pentingkan diri sendiri@kelompok dan tidak ikhlas dalam membuat keputusan.Ada banyak keputusan yang dibuat secara tersembunyi disebabkan wang, nama atau populariti....Namun tidak akan ada sesiapa mengakuinya.Orang yang terlibat secara lansung dalam pengurusan sehingga ke akar umbi akan tahu apa yang berlaku sebenarnya...namun orang yang tahu juga sentiasa mendiamkan diri kerana takut disingkir atau dipecat atau dikenakan tindakan secata terhormat, nanti periuk nasi akan tidak berasap kununnya. Kalau Malaysia nak maju dalam bola sepak, ketepikan emosional dan amalkan rasional...

    ReplyDelete
  2. Ya betul itu Tuan Cawangan Pencegah Jenayah. Terima atas pendapat tuan. Segala pengamatan & pemantauan tuan adalah amat bertepatan dengan cogankata "Bersih, Cekap Manjana Mutu Keunggulan". Hehe.

    Kita ini bukan saja peminat, penyokong bolasepak malah sukan lain selagi tak bersalahan dengan syarie. Takkan la kita tak mau bolasepak kita maju seperti negara lain. Itu pasal kita bagi cadangan & juga kritikan untuk pencantasan, pembuangan, pembetulan, pembugaran, penyemaian, pembajaan, dsb! Bukan saja saja kita nak hentam seperti untuk meruntuhkan semua yang ada. Bukan! mana tak betul/salah, tersilap, kelemahan, kepincangan itu saja kita nak ada tindakan demi kemajuan.
    Sistem yang ada kalau dah rosak, cacat tempang, tukar saja cuba yang baru. Tapi mestilah yang diyakini, dinamk & progresif.

    ReplyDelete
  3. Ops! ada tambahan nota:

    Prof Koo Kay Kim tu baru saja saran FAM buat sesuatu perancangan ikut prioriti. Keutamaan. baru baru boleh bolasepak negara melangkah lebih jauh peringkat Asia. Bukan megah/ syok sendiri setakat jaguh di Asean. Bukan masa lagi dah! Got to move on!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!