11 February 2012

Hassan Ali Boleh ker Selamatkan Akidah Gadis Murtad? A.Hadi tu asyik Gol Sendiri aje.



Kes murtad memang terjadi. Realiti ini sudah berlambak-lambak direkodkan di pejabat hal-ehwal agama negeri sana sini. Mereka itu berlumba-lumba untuk keluar Islam (murtad, bebas menganut kepercayaan baharu). Berlaku di Malaysia & juga seluruh dunia. Semestinya kepada pencinta Islam (penganut Islam, umat & pemimpinnya) ada tugas yang perlu diberes untuk menjaga akidah umat dengan mentarbiyah (imput ilmu tauhid, dsb) & memupuk kecintaan & keyakinan setiap umat Islam. Hanya dengan elemen tersebut kita mampu membentuk jati diri seseorang insan lalu membenteras, membendung gejala itu terus membarah dalam komuniti kita seterusnya membentuk 1 masyarakat kondusif untuk Islam berkembang segar & memimpin dengan baik lagi adil di negara ini.


Semua kita ada tugas mengikut skala kapasiti kita. Jangan pandang sebelah mata hal berat & sepenting ini. Jangan sesekali kita sebagai umat Islam pencinta Rasulullah Muhammad s.a.w. tergamak untuk kita berkata ia hal yang tidak penting. Soal akidah memang intisari, intipati, citra perjuangan Rasulullah s.a.w. 


Janganlah kita berpura-pura mencintai Islam & ketokohan Rasul Muhammad s.a.w. dengan mengadakan 1 hari istimewa semata-mata untuk kita berarak sekeliling jalan raya, kampung atau taman perumahan kita sambil bersungguh-sungguh berselawat, bertahmid, bertasbih sebagainya. Kita beriya-riya mengatur masjlis agama iaitu ceramah perdana untuk berretorik hal ketokohan Rasul s.a.w. kepada orang kita generasi tua & muda. Sambutan itu berlarutan berminggu-minggu kira-kira sebulan adanya. 


Selepas hari itu sepertinya kita lupa yang kita punya Rasul, lupa apa perjuangannya, apa pula sunah baginda, apa Islam itu sendiri untuk kita aplikasi untuk saban waktu berlalu dalam hidup kita sebagai umat Rasulullah, sebagai warga negara ini. Hidup ini bermakna jika kita sentiasa bersama Islam. Jika kita berjaya sentiasa menghubung-kaitkan perbuatan kita, kerja kita, perniagaan kita, buah pemikiran kita, sumbangan wang derma dan segala yang soleh dan baik hanya semata kepada Allah s.w.t. maka kita akan merasa kemanisan iman. Kalau kita tidak percaya & yakin sebegitu kita sebenarnya masih perlu memperkemaskan diri, akidah kita kepada Allah. Masih ada ruang untuk syaitan membisik keraguan akidah. Mungkin kita masih terdedah kepada bahaya murtad atau terkeluar iman. Kita patut bertanya apalah ertinya kita sebagai seorang Islam? Apakah ertinya Islam itu kepada kita? Jawapannya sebenarnya ada kepada setiap kita sesuai dengan tingkatan ilmu, iman & takwa di dada masing-masing.


Islam bukan untuk hari tertentu semata-mata. Bukan caranya kita ingat akan Allah untuk 1 hari khas. Tak kena gayanya kita ingat Rasul untuk 1 hari khas juga. Kita bukan seperti penganut agama, fahaman lain yang saban tahun memperingati atau meraikan tokoh terulung mereka pada satu satu hari sahaja. Kita orang Islam mesti punya akidah yang jitu seiring keyakinan kita yang tak berbelah bagi terhadap rukun-rukun iman & Islam. Akidah kita sentiasa bersama kita semasa hidup sehingga kita ketemu ajal kita. baik masa remaja hingga ke tua, masa susah, masa kaya raya, waktu sibuk mahupun waktu kita lapang, kita sentiasa bersama Islam. Kita harus punya tekad & berusaha kuat untuk menjaga Islam - bagi kita sendiri, keluarga kita, jiran tetangga sekeliling kita (komuniti), negara kita sehingga ke peringkat antarangbangsa. Islam kita sebenarnya tidak pernah terpisah dengan sempadan demografi, geografi, biologi, budaya suku & kaum manusia sekalian yang ada di dunia ini. Islam sentiasa sesuai untuk semua orang dari utara hingga selatan, barat hingga ke timur. Seantero dunia.


Justeru, persoalan murtad perlu ditangani dengan bijak & segera oleh semua pihak. Terutamanya pihak berwajib yang diberi amanah untuk menjaga maslahat awam umat Islam. Jangan cakap sahaja cintakan Allah & Islam, seolah-olah dianya begitu pentingkan soal akidah umat Islam - yang kian layu terutama generasi muda mudinya - TETAPI sebenarnya dia hampir tiada usaha yang bijak lagi efektif untuk membuktikan dia bersungguh-sungguh ikhlas memperjuangkan persoalan atau masalah umat ini. 




P/S: 
Doa Hassan IMR : "JATI itu penting ada untuk akidah orang Melayu & membenteras parasit."  ??


Hassan Ali sekarang sudah bebas & tiada lagi parasit boleh menghalang anda yang mahu sertai perHIMPUNan sana sini untuk menyedarkan umat untuk mempertahankan akidah. Bolehlah anda berdoa sampai basah janggut, pipi & baju anda jika itu mampu (efektif) untuk menyedarkan & mempertahankan akidah gelintir yang tersesat seperti di SINI. Jangan pandai serbu gereja & cakap berapi-api nak jaga akidah, boleh menangis semasa doa saja. Itu tak cukup. Anda mesti turun padang & buktikan kesungguhan & kebijaksanaan anda menangani gejala ini! Contoh, anda selalu-selalulah pergi ke sebanyak mungkin pusat-pusat kebajikan Islam di mana budak-budak itu ditahan & bagi input sewajarnya kepada mereka. Itu lebih bermakna daripada anda menjaja cerita akidah PAS & parasit & sebagainya.  


Hadi, oh Hadi.... Tok Guru ni pun satu hal. Asyik jaring gol sendiri. Tak mahu bertanding lagi, konon!! Nak jadi nelayan saja. Kalau dah jadi STRIKER pasukan kita mesti sumbat @ jaring gol untuk pasukan. Bukan boleh lembab macam kura-kura, out of position, outside selalu. Jangan tidur! Striker@ orang harapan mesti nak kena sentiasa berlari mintak bola sana sini mengelirukan pihak pertahanan lawan. Senang kawan sepasukan nak "passing" untuk anda jaring gol. Tindakan mesti tepat sepanjang masa perlawanan. Janganlah bagi alasan anda tak "fit" pulak.... Apa gunanya kita ambik pemain import jadi "striker" tapi hampeh.... hancor la begini. Tak boleh jadi ni!



7 comments:

  1. Hassan... motivator memang cakap banyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya uncle... dia memang hebat bercakap... tak boleh lawan. Mungkin tu sebab dia elok masuk PAS dulu tu tahun '98. Kena cara PAS sebab banyak penerangan roadshow untuk bentang isu & balas hujah UMno-BN. Sekarang tu tak penting lagi... Ramai dah orang lain pun boleh bercakap, berhujah dengan lebih kemas & mantap untuk PAS.

      Tapi yang lebih penting bukan ceramah, cakap berapi-api lagi. Zaman sekarang orang nak kita buat kerja. Tindakan mesti tepat. Cakap tak serupa bikin hanya boleh memperdayakan sesetengah orang yang intelektual rendah atau kurang pendedahan tertentu. Yang taksub.

      Zaman sekarang perlu pengisian kemerdekaan & kemenangan. Orang atas kena buat kerja dengan lebih dinamika, sistematik & lebih penting ia amat efektif. Tak payah la berlakon konon dia buat kerja atau terlebih "acting" konon dia nak tunjuk kita semua rakyat dia dah buat kerja bagus - serbu gereja, serbu kedai serbaneka 24/7 tu.

      Kita sebenarnya pasti tahu bagaimana pemimpin buat sesuatu kerja. Just, dia buat kerja dengan bersungguh, ikhlas, jujur, berhemah & kapasiti yg dia mampu buat & kita PASti respek dia, kan uncle?

      Delete
  2. Salam Yob,

    Nak bagi kad meroh ke Hasan ke nih? Bagi jer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hassan tu dah keluar padang selepas kena kad merah jambu (pink)...haha

      A. Hadi tu dah tak mau main pulak, mintak jurulatih, manager (baca: Majlis Syura ulamak PAS) keluarkan dia. Dia tak main striker dah.. dia nak jadi nelayang pulak dah... alahai!

      Delete
  3. Hehe... kad merah dah bagi ...tapi masalahnya dia masih tak puas hati, tak redha, dah marah-2, maki pulak referee, rakan sepasukan dia dulu. Dah dia kata ada rakan sepasukan dia dulu tu parasit menumpang dalam pasukan.

    Pasni dia nak buat pasukan sendiri..JATI namanya. Nama gah la bunyinya, entah la prestasinya, tak tahu lagi.

    ReplyDelete
  4. Cakap banyak benda yang buruk/busuk, ibarat meludah ke langit...air ludah tu akan jatuh atas muka sendiri.Zaman sekarang, jangan cakap sebarangan kerana orang ramai sudah dapat menilai apa yang kita cakap.Masalahnya ialah syaitan selalu menampakkan sesuatu yang kita sorang buat dan cakap banyak tu baik, betul, ikut syari'at,dan serba indah belaka sedangkan ijma' ulama' berbeza dengan pendapat kita seorang.

    ReplyDelete
  5. Tu la Cpj...betui cakap mike tu.. Kita, bukan dia sorang saja sebenarnya (cuma highlightkan dia sbg contoh terkini lagi sensasi), sebagai insan kita semua tak perlu cakap banyak, cakap besar ni. Cukup sekadar menampakkan kita ni berkredibiliti, akauntabiliti, transperenz. "Cekap, Bersih & Amanah" la tu, kan? Diam tak semestinya bodoh, berslah atau mengalah, kan Cpj? Tu namanya sabar & redha, kot?

    Orang dulu-2 selalu amalkan cakap berkias atau cakap berlapik untuk mengelak sakit hati orang lain. Sound tepat, marah2,tegas sangat ni bukan la cara 100% salah diaplikasi cuma selalunya tak 100% efektif (ehem tu hanz ngaku ada pernah silap la, hehe). Tu pendekatan yang patut dielakkan. Pendekatan berhikmah lagi berhemah tu wajar sentiasa diterapkan, ditekankan dilaksanakan.

    KECUALI keadaan tertentu & pada orang tertentu juga. Hal ni ada dibincang dalam fiqh Islam kalau tak silap Hanz la. Ada sesiapa boleh keutarakan perkara ni, untuk rujukan kita semua, ucapan bebanyak terima kasih didahulukan.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!