03 February 2012

UMNO Kalah DAP Jajah Melayu?? WTF...Negara akan Lebih Sejahtera, Melayu Terus Berkuasa, Islam Tetap Terpelihara!!!


Beberapa persoalan/ gimik/ retorik puak pro-UMNO:

#1 - DAP untung apabila Melayu sama Melayu (PAS-PKR vs UMNO) bergaduh, tak bersatu ???
#2 - Cina, India (kaum, suku, puak lain) cukup suka, bertepuk tangan apabila Melayu (baca: UMNO) kalah PRU ?
#3 - DAP perintah negara, habis la Melayu?
#4 - DAP fahaman komunis, chauvinist? UMNO bukan chauvinist ker? UMNO pejuang Ketuanan Melayu & hak Islam? PAS & PKR hanya tunggangan DAP?

Jika ada teori atau jawapan untuk isu di atas ia tak lebih hanya satu perseptif yang lebih bersifat spekulatif. Realitinya? Tidak semestinya 100% tepat tanggapan itu untuk kontek keseluruhan negara. DAP, melihat selera pengundi semasa, mereka akan hanya untung@ menang di kawasan pengundi majoriti bukan Melayu. Mungkin 60-40 Melayu. Arakian,  kerusi Parlimen majoriti Cina hanya kira-kira 46 kerusi (daripada 222 kerusi) sahaja. Mereka bertanding di kawasan MCA, Gerakan atau parti lain yang didominasi kaum Cina atau India. Bukan berlaan calon Melayu pun. Maka itu juga jumlah paling tinggi DAP boleh menang (46/222). Maka persoalan #1 terjawab DAP tak mungkin kuasai negara dengan sendiri tanpa berkerjasama dengan parti lain.

Mainan media massa, internet & elektronik dengan tujuan menakutkan spritual & mentaliti umat Melayu sebenarnya berniat jahat, bermuka-muka, propaganda berunsur chauvinistic, ethnocentric. Sememangnya ia
elemen perang saraf daripada parti berpaksi Melayu sahaja sejak dahul u untuk terus menang, berkuasa & kesinambungan legasinya. Ia diharap menjadi senjata ampuh untuk menjadi penyumbang terbesar untuk kemenangan besar UMNO dalam pilihan raya hanya kerana begitu ramai umat Melayu menjadi paranoid, ketakutan serta ragu-ragu jika benar ungkapan "Kalau Umno kalah, DAP perintah negara!" boleh menjadi kenyataan? Tidak mungkin DAP dapat  perintah 1 negara. Sesebuah negeri seperti P. Pinang, mungkin.


 KEDUDUKAN KERUSI DEWAN RAKYAT YANG DIMENANGI

NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASDAPPKRJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
3300000003
KEDAH
154060005015
KELANTAN
142090003014
TERENGGANU
8701000008
PULAU PINANG
132000704013
PERAK
2413020603024
PAHANG
1412000002014
SELANGOR
225040409022
W.P. KUALA LUMPUR
111010504011
W.P. PUTRAJAYA
1100000001
NEGERI SEMBILAN
8500020108
MELAKA
6500010006
JOHOR
2624100100026
W.P. LABUAN
1100000001
SABAH
2522200100025
SARAWAK
3125500100031
JUMLAH2221328230280310222
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding


Rujuk juga peta keputusan Dewan Rakyat untuk mengetahui berapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang terkini. 


Calon-calon daripada parti UMNO dalam PRU 2008 telah mendapat 2.38 juta undi dari pengundi. Calon UMNO semesti nya semua Melayu kerana mereka bukankah pejuang Melayu? Namun undi kepada mereka bukan semua datang dari pengundi Melayu kerana UMNO bertanding di kawasan yang polariti Melayu yang tinggi sekurang-kurangnya 60% ke atas. Dari jumlah tersebut 2.38 juta undi itu kita boleh tolak sehingga 30% sokongan kaum bukan Melayu terhadap UMNO atau tolak lebih kurang 500 ribu lebih undi penggundi bukan Melayu. Ini bermakna, calon-calon UMNO hanya mendapat kurang daripada 2 juta undi pengundi Melayu. Mana pergi undi ahli UMNO yang dikatakan sudah lebih dari 3 juta itu?

Bukti, calon-calon tiket UMNO pun ditolak oleh ahli UMNO sendiri. Mereka sama ada tidak mengundi BN atau tidak keluar langsung mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi Melayu dalam PRU 2008 pula ialah 5.7 juta. Ini bererti 3.7 juta orang Melayu menolak calun UMNO dan menolak UMNO. Undi popular kalangan Melayu masih disandang oleh PAS & PKR yang meletakkan wakil Melayu di kawasan mereka bertanding. Bukan lagi UMNO!

Bagaimana UMNO tak berasa malu untuk mengaku yang mereka pejuang orang Melayu nombor satu? UMNO tidak berjaya meyakinkan ahli mereka sendiri pun.  Carilah punca kenapa keyakinan orang Melayu termasuk ahli UMNO begitu merosot.



Melayu Semakin Kuat di Parlimen bila Umno-BN Kalah PRU12


PARLIMEN Sheet1


Pilihan Raya Umum ke-11 (tahun 2004) Barisan Nasional (BN) menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Bermakna UMNO menang banyak kerusi di kawasan mereka bertanding. Tetapi bukan 100%.

UMNO kalah di 7 tempat 1-vs-1 kepada PAS dan 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang di beberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang di bawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO, parti Melayu, telah menang 109 kerusi di dalam pilihanraya tersebut tetapi ada seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.

Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO dengan hanya menang 140 kerusi Parlimen. Namun keputusan semasa, kerusi BN di Parlimen tinggal 137 apabila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS di dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.

BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.


KOMPOSISI PARTI 2008

UMNO telah merosot sebanyak 31 kerusi berbanding kemenangan mereka pada PRU-11 tetapi masih ditampung oleh kerusi wakil Melayu dari PBB di Sarawak (Fix Deposit BN?). Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%. Selepas PRU -12 Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.
Terbukti, adalah tidak tepat malah bersalahan apabila UMNO cuba mengatakan kepada kita bahawa ketuanan Melayu di dalam kerajaan semakin merosot, hilang. UMNO tidak perlu menakutkan orang Melayu mengenai kononnya kuasa Melayu semakin lemah sedangkan hakikatnya orang Melayu (populasi hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia 28 juta orang) kini mempunyai wakil rakyat Melayu dan adalah suara majoriti dengan hampir 63% dalam parti pemerintah semasa iaitu BN.
MALAY GOV 2008



Prestasi PR pada PRU-12 2008
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, PAS dan PKR semakin terserlah potensinya sebagai mampu menggantikan UMNO sebagai teraju dominan Melayu dalam medan politik & menjadi teras parti peneraju pemerintah pada masa hadapan. PAS & PKR kembali menyengat dengan Pakatan Rakyat (PR) (dahulu dilabel pembangkang) telah menguasai sekitar 38.3% kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. Signifikannya, kedudukan wakil rakyat Melayu di dalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% berbanding PRU-11 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu di dalam Pembangkang pula hanya 48.2%.
MALAY OPPS 2008


Sah kini rakyat terutamanya Melayu tidak perlu diperbodoh atau keliru dengan kenyataan dangkal atau provokasi sentimen perkauman yang jumud mahupun polemik yang menyatakan pengaruh Melayu kian terhakis dalam negara ini (Parlimen) akibat kemenangan cemerlang wakil parti bukan Melayu seperti DAP mutakhir ini. Terbukti Melayu masih mempunyai pengaruh yang besar di dalam BN sebagai parti pemerintah selain Melayu juga mempunyai kerusi majoriti di dalam PR.
UMNO tidak boleh menganggap orang Melayu berpecah semata-mata kerana UMNO sudah hilang genggaman kuasanya. Semakin kerap dan banyak kalah kerusi DUN dan Parlimen pada PRU. UMNO yang dahulunya begitu dominan di dalam politik Melayu tetapi kini UMNO kian terserlah lemah, layu, mati pucuk atau sudah nyanyuk malahan mulai kehilangan gigi. Kekalahan UMNO adalah bererti kemenangan dan peluang untuk wakil Melayu-Islam daripada PKR dan PAS kerana UMNO pada lazimnya hanya ditandingi oleh PAS atau PKR secara 1-lawan-1. 

Undi Melayu berpecah? YA. Tetapi jatuh kepada PAS dan PKR. Melayu akan tetap menang dan mengusai persada politik negara selagi tidak berkompromi soal kerusi tradisi wakil rakyat Melayu @ kerusi majoriti populasi Melayu.


Melayu Tetap Selamat tanpa UMNO berkuasa penuh Asal Melayu juga Menang di kerusi tradisi UMNO
OVERALL 2008


Kita sewajarnya berasa tenang & lantas bersyukur betapa Melayu walaupun berkongsi kuasa dengan kaum lain pada hakikatnya Melayulah masih dominan berkuasa meneraju negara selagi Melayu menang di kawasan sedia ada dan kerusi tradisi majoriti Melayu.
PAS dan PKR tidak boleh dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu hanya kerana mereka bekerjasama dengan DAP sebuah parti multi-rasional yang sah di politik negara. begitupun, menerusi kerjasama dengan DAP, terbukti PAS dan PKR berjaya memperkasakan lagi kedudukan kerusi Melayu di dalam Pembangkang sehingga PR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Dengan kata lain, ada tambahan 5 kerusi wakil rakyat Melayu di dalam Parlimen.
Sejarah merakamkan dan memberitahu kita semua UMNO sejak pilihan raya 1955 sentiasa melakukan kesilapan besar dan mengkhianati Melayu dengan "berkorban" menyerahkankan kerusi tradisi Melayu @ majoriti Melayu kepada parti lain yang bukan mewakili Melayu. Toleransi? Tidak. Dalam politik yang mementingkan kemenangan dan pengaruh itu sebenarnya kes bunuh diri kepada UMNO & hak Melayu sendiri. Berkali-kali pilihanraya UMNO memujuk pengundi-pengundi Melayu terutama penyokong tegar UMNO supaya memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun kerusi itu dicabar oleh calon Melayu sendiri (dari PAS, PKR dan lain-lain parti).


Perjuangan Pakatan Rakyat (PR) Berjaya Memperkasakan Kedudukan Melayu
Kemenangan kerusi di Parlimen oleh wakil Melayu daripada parti dominan Melayu (UMNO, PAS, PKR dll) melambangkan kekuatan Melayu seharusnya menimbulkan keselesaan kepada orang-orang Melayu.

Terbukti sudah representasi wakil Melayu di dalam Dewan Rakyat (sama ada pihak BN dan PR) adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Keseimbangan itu tercapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman seperti dilaung-laungkan oleh UMNO, MCA, MIC tetapi hasil perjuangan berpaksi keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh agenda Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat giat memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua rakyat dan ia telah terbukti berjaya. Sekali imbas ia tidak lebih daripada slogan semata-mata seperti slogan 1Malaysia tetapi ia berjaya meresapi fikiran dan hati majoriti rakyat Malaysia kerana terserlah keikhlasan PR untuk memakmurkan negara ini demi rakyat keseluruhannya sebagaimana berjaya dibuktikan (walau terdapat kes sekatan terpilih,diskriminasi federalisme) di neger-negeri yang dimenangi PR (P. Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor).

Orang-orang Umno, para pemimpin Umno mungkin boleh bersumpah khianat pakai Quran, berdemo di jalanan, arak kepala lembu, suka ada orang tertentu (entah siapa) meletak kepala bab* depan masjid, apa saja mereka mungkin boleh buat dan mereka tetap akan menang PRU? Menang sebab ramai Melayu jadi takut "Kalau Umno kalah, DAP perintah!"

Orang-orang Umno, para pemimpin Umno boleh jual dan gadai tanah orang Melayu, lesapkan tanah rizab Melayu dan bagi kepada tauke-tauke kaum lain, ada pemimpin UMNO rogol anak dara orang Melayu, amah dia, seleweng duit projek lembu, apa saja dan depa tetap akan menang PRU. Mesti boleh menang sebab ramai Melayu ketar lutut hingga paranoid. Takut sungguh slogan "Kalau Umno kalah, DAP perintah? jadi kenyataan.

Walaupun pada zahirnya, terang-terang orang-orang Melayu daripada UMNO dan proksinya dalam NGO dominan Melayu lain menyatakan benci DAP. TETAPI dalam hati mereka sangat berterima kasih kepada DAP sebab ramai Melayu takut "Kalau Umno kalah, DAP perintah!".

Dengan kewujudan DAP, ia menjadi talian hayat untuk UMNO untuk memainkan sentimen perkauman yang sempit yang membahaya. Status quo? Double-standard? YA! Seperti slogan 1Malaysia yang ternyata hanyalah mainan propaganda wakil BN semasa menjadi pemimpin negara sebab ia ternyata sehingga hari ini tidak berkesan menyatukan Melayu dalam UMNO itu sendiri. 1Malaysia ciptaan pemimpin UMNO tidak juga menyatupadu Melayu dengan kaum lain dalam hal politik. Contoh, UMNO tetap menyatakan DAP itu chauvinist - hanya pentingkan kaum Cina - sedangkan hakikatnya, UMNO sendiri masih memperjuangkan hak Melayu untuk kepentingan UMNO sahaja. Ironi, sering UMNO melaungkan perpaduan Melayu-Islam, tetapi UMNO tetap mahu bermusuhan dengan Melayu daripada PAS, PKR?

Ayuh Melayu tinggalkan UMNO! Selagi ada sebilangan orang Melayu terus "takut pada bayang-bayang sendiri" dan bulat-bulat percaya propaganda UMNO seperti "Kalau UMNO kalah, DAP dan Cina Akan Bunuh Melayu" dan seumpamanya selagi itulah UMNO mereka boleh menang banyak kerusi PRU & mencongak berapa banyak lagi harta negara mereka boleh rembat selepas menang pilihan raya ke 13 nanti.




4 comments:

  1. Bhai Hanz ....

    Pergh... data-data macam nih la yang sepatutnyer dipertontonkan kat depan rakyat jelata masa berkempen.. berceramah dan sesi perjumpaan dengan rakyat oleh Pakatan Rakyat.,..

    Pakatan Rakyat tak perlu lagi guna isu maki hamun dan salahkan BN jer... sekarang nih kena tunjukkan yang depa mampu dan pandai memerintah...

    Kalu tidak... alamat kekal la sampai biler-biler jadi pembangkang nasional.... hahaha... negeri boleh la menang.... persekutuan... sori la bhai...

    ReplyDelete
  2. Gua pun cilop sana sini & tak berapa ada masa untuk draf entri for ages, lately. Gua memang lama dah perasan kita semua ni suka keadilan, hujah yg bernas. tak main la retorik berjela-jela tapi poi ciput .. tong kosong. Tu pasal gua tak berapa suka layan tengok/ dengar ceramah politik mana-2 ever since. Gebang saja lebih poin tak seberapa.

    Seingat gua dulu Wak al Banjari ker sapa ker blog dia tu brilliant keluarkan fakta...counter hujah BN. Gua tak ikut dah sebab sibuk sikit. Gua suka kalu lepas ni penceramah PR hanya kasi poin balas untuk setiap isu. Biar ada fakta. Bukan lagi zaman nak pemimpin berapi-rapi gembang, twist & turn, spin, bagai.

    Gua ingat rakyat kita perlu ada budaya politik baharu - perlu disemai, dibaja supaya subur & menlahirkan generasi rakyat bermaklumat (& bermatlamat)politik yang tepat. Baru boleh ada kuasa rakyat - non-partisan silent majority - yang berprinsip, tak boleh dimainkan, dikambinghitam, disogok beli undi , bagai.

    Kalau tak, sampai bila-2 pun rakyat (& kita) kena ikut rentak some politicians yg vocal - sepertinya kita dipukau, teruja, terkesima, whatnots. Hail people power!

    ReplyDelete
  3. Salam Persahabatan...
    Saya link kan blog Saudara kedalam blog http://inderasipejuang.blogspot.com/ bagi menyemarakan perang alam maya demi mencari kebenaran... Terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Salam kembali... Ok.. Mat Indera seperti jugak Rashid maidin, Fatimah Fakeh & the rest...pejuang!!

    march on..stand out & be counted...fight for all our people course...till death does us a part.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!