28 March 2013

Do a u-turn, bo la weii, Ubah la Kalau dah Silap. Selamatkan diri, keluarga kita daripada Jahanam !



Kelemahan kita bukan semestinya membuatkan kita berdosa kepada Allah. Hakikatnya kita punya kelemahan yang nyata dalam kebanyakan perkara penghidupan. We're born with it. We can live with it too.

Apabila kita kekurangan, kita lemah. Kita akan usahakan apa saja cara, jalan untuk mencukupkan seterusnya melebihkan keupayaan kita supaya kita tak lagi ternampak kelemahan kita yang dulu. Barulah kita boleh dilihat berjaya, boleh tunjuk hebat, bijaksana, kaya raya dan sebagainya.

Malangnya kebanyakan kita hanya tertumpu kepada ukuran bersifat materialistik saja sehingga hampir semua mahu 'berjaya' pada pandangan manusia sekelilingnya. "Oh, dia dah berjaya la, dia ada berapa biji rumah besar, kerata mewah, harta sana sini, duit berjuta RM di bank walaupun hanya belajar setakat SPM". Ya, dia jelas berjaya di sisi manusia, orang sekelilingnya.  

Cuma apa pula pandangan Allah s.w.t. yang menciptakan ini semua di alam ini &  kita sendiri? Adakah dia 'berjaya' di sana nanti sedangkan hampir segala yang terhasil adalah daripada sumber yang haram, syubahat seperti meninggalkan kewajiban solat fardhu, sombong dengan tetangga, tak mengendahkan jiran, komuniti yang fakir miskin, membazir bila berbelanja, tak bersedekah, tak berzakat, melakukan amalan rasuah dalam urusniaga, hasil judi dan merompak hak orang, menipu rakan perniagaan, hasil konspirasi menjatuhkan maruah orang lain yang tak 'sebulu', hasil memeras ugut orang awam yang tak terdaya melawan, permedagangan orang & mengekspoitasi orang bawahan? 

Kelemahan dalam mendalami ilmu agama Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan hanya mengundang dosa dan bencana daripada Allah s.w.t. Justeru, marilah berubah sebelum terlambat. Mati itu adalah amat dekat. Bila-bila masa saja. Ubah la diri untuk kejayaan yang hakiki. Kenali diri, kenali Allah ! Kenal juga musuh kita yang selama hari ni sudah berjaya memesongkan kita daripada 'jalan yang lurus'.  Bila kita paham sesiapa kita, siapa musuh kita, no chance in hell, kita akan tersilap jalan lagi ! Kita akan tetap jalan kita yang diredhai Allah s.w.t. saja !




Kita pernah sesat...akuilah. Nowt to shame about. Just change the old record. Get a more lovely one. Time to move on!




Kita dilahirkan sebagai fitrah. Bebas menentukan atau ditentukan (dicorakkan). Kita pilihlah jalan kita sendiri. Kita boleh pilih jalan yang benar yang telah dirintih oleh orang sebelum kita. 

Yes, we no need to follow suit the majority if they all go astray. We are not born to follow but to learn how not be led astray by the impostors, demons, red devils - u name it.





Me too, need to move on, imo. Pretty much to change, to fix, get them right this time and live the life as it is,  everyday, I think i wouldn't be far wrong - InsyaAllah !  All the best to all of us ! 


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!